Kritikan Ad hominem

Ketika ad hominem dilakukan terhadap sebuah pernyataan, penting untuk membezakan sama ada pernyataan tersebut merupakan hujah atau pernyataan fakta. Dalam kes kedua, isu kredibiliti penghujah mungkin dianggap penting.[7]

Doug Walton, ahli akademik dan penulis Kanada, menyatakan bahawa ad hominem bukan selalunya falasi, dan dalam beberapa kes, pertanyaan mengenai perilaku peribadi, karakter, motif dan lain-lain adalah sah dan relevan dengan masalah ini,[8] seperti ketika secara langsung membicarakan hipokrisi, atau tindakan yang bertentangan dengan kata-kata subjek. Ahli falsafah Charles Taylor berpendapat bahawa ad hominem adalah penting untuk memahami isu-isu moral tertentu, dan menganggapnya sebagai lawan dari fikiran apodiktis naturalisme secara falsafah.[9]

Rujukan

WikiPedia: Ad hominem http://www.fallacyfiles.org/adhomine.html https://archive.org/details/conciseintroduct0007hu... https://archive.org/details/conciseintroduct0007hu... https://archive.org/details/criticalthinking0000bo... https://archive.org/details/criticalthinking0000bo... https://archive.org/details/informallogic0000copi_... https://archive.org/details/informallogic0000copi_... https://archive.org/details/informallogicpra0000wa... https://archive.org/details/informallogicpra0000wa... https://archive.org/details/informallogicpra0000wa...